'Nak cuba gulingkan saya? Saya penjarakan kamu semua!' - Duterte
Agensi
Jun 29, 2019 18:24 MYT
Jun 29, 2019 18:24 MYT
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengancam akan memenjarakan mana-mana pihak lawan yang cuba untuk menggulingkannya.
Kenyataan Duterte itu merupakan reaksinya terdapat tuduhan dari beberapa pihak yang mengatakan beliau berpihak kepada China selepas sebuah kapal nelayan Filipina ditenggelamkan dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Manila pada 9 Jun lalu.
"Saya? Cuba gulingkan saya? Saya akan penjarakan mereka semua. Cubalah, dan saya akan buat (penjarakan).
"Saya cabar kamu lakukannya. Kamu betul-betul mahu saya terlibat kan?" katanya seperti dipetik Reuters.
Antara pihak yang mengkritik pemimpin Filipina itu termasuk seorang hakim tersohor dan bekas menteri luar.
Mereka meyokong penggulingan Duterte kerana beliau dikatakan telah melanggar perlembagaan negara itu.
Sebelum ini, pada Mac lalu, seorang wartawan kanan Filipina yang juga Ketua Pegawai Eksekutif portal berita, Rappler, Maria Ressa turut ditangkap oleh pihak berkuasa negara itu kerana mengkritik Duterte.
Penangkapan tersebut telah disifatkan sebagai langkah Duterte untuk menyekat kebebasan dan keterbukaan media di Filipina.