Nak buang angin, sudahnya usus bayi terburai dek kepercayaan karut si ayah

Astro Awani
Februari 2, 2019 12:02 MYT
Seorang ayah di Ningbo, China sanggup meletakkan nyawa anaknya dalam bahaya selepas cuba merawat perut kembung bayi berusia sebulan itu dengan kaedah tradisional yang tidak masuk akal.
Seorang ayah di Ningbo, China sanggup meletakkan nyawa anaknya dalam bahaya selepas cuba merawat perut kembung bayi berusia sebulan itu dengan kaedah tradisional yang tidak masuk akal.
Lelaki itu dilaporkan telah menebuk pusat bayinya, kononnya untuk mengeluarkan 'gas' yang menyebabkan perut budak itu kembung.
Pemotongan kecil pada pusat itu menyebabkan usus bayi itu terkeluar dan terburai.
Sedar keadaan makin parah, lelaki menghentikan tindakannya yang konon sebagai perubatan alternatif.
Dia kemudian membawa bayi malang itu ke hospital.
Nasib baik, doktor berjaya melakukan pembedahan dan bayi itu selamat.
BACA: Cubaan sebut sekali lafaz, amboi panjangnya nama kau nak!
BACA: Ibu dakwa besi terjatuh koyakkan kemaluan anak sebenarnya cuba 'sunatkan' anak
#bayi #Cuba #Hospital #lelaki #perubatan
;