Najis manusia paling mahal di dunia dilengkapi perlindungan insurans

Agensi
Mei 4, 2019 11:09 MYT
Ia merupakan fosil najis daripada lelaki Viking yang berusia sekitar 1,300 tahun yang lalu.- Foto Lloyds Bank Coprolite
NAJIS manusia siapa yang nak. Malah manusia normal akan menganggap ianya jijik dan akan menjauhinya.
Kalau kita katakan ada najis manusia yang berharga tentunya kita tidak percaya kerana tiada sebarang gunanya pun kan?
Namun apa yang ditemui di tapak Bank Lioyds, Kota York, United Kingdom pada 1972 ini mampu mengubah tanggapan itu.
Ketika kerja-kerja penggalian di tapak tersebut dilakukan, sekumpulan pekerja telah menemui satu fosil yang tidak dikenali.
Ia kemudianya di bawa kepada pakar erkeologi dan mereka mengesahkan bahawa ia merupakan fosil najis daripada lelaki Viking yang berusia sekitar 1,300 tahun yang lalu.
Anehnya bentuk dan strukturnya masih utuh dan berada dalam keadaan yang sangat baik.
Ia berukuran 20cm panjang dan 5cm lebar.
Malah pakar paleoscatologi masih mampu mengesan kandungan makanan daripada fosil najis berkenaan yang terdiri daripada bahan buangan terpadu diantara roti dan daging.
Selain itu juga mereka percaya tuan empunya najis berkenaan mempunyai masalah penghadaman apabila telur Whipworm dan Maw-worm turut ditemui dalam kandungan najis tersebut.
Ahli sejarah percaya kawasan tapak berkenaan pernah didiami bangsa Viking dari tanah Denmark sebagai penempatan sekitar tahun 866M sehingga 954M.
Najis berkenaan berharga AS$39,000 bersamaan RM161,405 selain ia lengkap dilindungi insurans.
#arkeologi #bank #lelaki #Najis #paling mahal #United Kingdom #viking
;