Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa serangan bom di Lahore, Pakistan

Astro Awani
Mac 28, 2016 18:54 MYT
Sekurang-kurangnya 69 orang, termasuk sejumlah besar wanita dan kanak-kanak, terkorban dalam kejadian itu. - Foto AFP
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan bom di Lahore, Pakistan, pada Ahad.
Beliau turut menyifat penyerang terbabit sebagai seorang pengecut apabila mensasarkan kanak-kanak dan kaum wanita.
"Pembunuhan secara pengecut di Lahore ini adalah satu lagi peringatan tentang pentingnya untuk memerangi keganasan. Malaysia menzahirkan doa dan ingatan kepada saudara kami di Pakistan," kata Najib menerusi akaun Twitter rasmi beliau hari ini.

Cowardly murder in Lahore is yet another reminder of need to fight extremism. Msia's thoughts are with our Pakistani brothers and sisters.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam kejadian itu sekurang-kurangnya 69 orang, termasuk sejumlah besar wanita dan kanak-kanak, maut manakala lebih 300 orang lagi cedera apabila pengebom bunuh diri menyerang taman awam di bandar Lahore, timur Pakistan, pada petang Ahad.
Menurut laporan agensi berita Xinhua hari ini, serpihan kumpulan Taliban Pakistan telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
#Lahore #Najib Razak #Pakistan #pengedbom bunuh diri
;