Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi di Kumamoto, Jepun

Astro Awani
April 16, 2016 02:40 MYT
Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam mengesahkan kesemua 18 pelajar Malaysia di tiga universiti di wilayah Kumamoto selamat. - Foto AFP
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan ucapan takziah dan rasa simpati beliau terhadap warga Jepun yang terkesan akibat gempa bumi yang melanda negara itu pada Khamis.
Najib dalam catatan di Twitter beliau turut mengesahkan tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa yang membabitkan rakyat negara ini dalam kejadian di wilayah Kumamoto di Jepun.
"Kementerian (Luar) juga mengesahkan 18 pelajar Malaysia telah dipindahkan ke zon pemindahan dan kami sedang bekerja rapat dengan kerajaan Jepun untuk memastikan status rakyat Malaysia yang lain di sana.
"Saya menyeru agar semua bertenang dan hubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo untuk maklumat lanjut di +(81-3) 3476-3840," katanya.

No reports of Msian casualties but 18 Msians hv bn evacuated. Msia is working closely w/ Japanese govt to confirm the status of other Msians

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter itu melanda barat daya Jepun pada 9.26 malam, menyebabkan sembilan maut dan ratusan yang lain cedera.
Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam mengesahkan kesemua 18 pelajar Malaysia di tiga universiti di wilayah Kumamoto selamat.
Para pelajar tersebut sedang menuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology.
#Facebook #gempa bumi #Jepun #Kumamoto #Malaysia #Najib Razak #tsunami