Naib Presiden AS Kamala Harris gesa genjatan senjata segera
Agensi
Mac 4, 2024 09:10 MYT
Mac 4, 2024 09:10 MYT
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris menggesa genjatan senjata segera di Gaza pada Ahad.
Dalam masa sama, beliau turut menggesa Israel meningkatkan bantuan bagi meredakan situasi yang beliau gambarkan sebagai "tidak berperikemanusiaan" dan "bencana kemanusiaan" dalam kalangan rakyat Palestin.
Ucapan Harris dilihat sebagai yang paling tajam dalam kalangan pemimpin kanan kerajaan AS yang menggesa Israel untuk meredakan keadaan di Gaza.
Beliau berucap pada satu acara di Selma, Alabama, sempena memperingati ulang tahun ke-59 "Minggu Berdarah," di mana pihak berkuasa menyerang peserta protes secara aman yang menggesa Hamas menerima perjanjian melepaskan tawanan.
Israel memboikot rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah pada Ahad selepas Hamas menolak permintaan untuk menyenaraikan nama tebusan yang masih hidup, menurut media Israel.