Naib Presiden Filipina Sara Duterte letak jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan

Bernama
Jun 19, 2024 17:30 MYT
Duterte menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet semasa lawatan ke istana presiden. - Gambar fail/AP
MANILA: Naib Presiden Filipina, Sara Duterte, pada Rabu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan negara itu, lapor Xinhua yang memetik kenyataan Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden, Cheloy Garafil.
Dalam satu kenyataan, Garafil berkata Duterte menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet semasa lawatan ke istana presiden.
"Beliau enggan memberikan alasan mengapa. Beliau akan terus berkhidmat sebagai naib presiden. Kami berterima kasih atas khidmat beliau," kata Garafil.
-- BERNAMA
#naib presiden filipina #Sara Duterte #letak jawatan #Setiausaha Pendidikan
;