Nahas udara Washington DC: Kedua-dua kotak hitam CVR, FDR American Airlines ditemukan

Astro Awani
Januari 31, 2025 16:20 MYT
NTSB telah menemukan kedua-dua kotak hitam dari pesawat penumpang American Airlines yang bertembung di udara dengan helikopter tentera Black Hawk pada Rabu malam. -X @NTSB_Newsroom
WASHINGTON: Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) berkata mereka telah menemukan kedua-dua kotak hitam dari pesawat penumpang American Airlines yang bertembung di udara dengan helikopter tentera Black Hawk pada Rabu malam.

Ringkasan AI
  • Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) telah menemukan kedua-dua kotak hitam dari pesawat penumpang American Airlines yang bertembung di udara dengan helikopter tentera Black Hawk pada Rabu malam.
  • Laporan awal oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mendapati wujud faktor kekurangan kakitangan di menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Ronald Reagan ketika nahas berlaku.
  • Pengawal trafik udara yang mengendalikan helikopter pada malam kejadian juga memberi arahan kepada pesawat yang mendarat dan berlepas dari landasan, tugas yang biasanya dijalankan oleh dua pengawal berbeza.

Peranti tersebut, iaitu perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR), telah dibawa untuk analisis makmal, menurut jurucakap NTSB.

NTSB investigators recovered the cockpit voice recorder and flight data recorder from the Bombardier CRJ700 airplane involved in yesterdays mid-air collision at DCA. The recorders are at the NTSB labs for evaluation. pic.twitter.com/IHypR0Jh76

— NTSB Newsroom (@NTSB_Newsroom) January 31, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Punca nahas yang mengorbankan 67 nyawa itu, sama ada faktor manusia atau mekanikal, masih belum jelas, kata pegawai NTSB.
Laporan awal oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mendapati wujud faktor kekurangan kakitangan di menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Ronald Reagan ketika nahas di antara helikopter tentera Black Hawk dan pesawat penumpang American Airlines itu berlaku.
Laporan dalaman yang dikeluarkan pada Khamis dan disemak oleh The New York Times menyatakan bahawa pengawal trafik udara yang mengendalikan helikopter di sekitar lapangan terbang pada Rabu malam itu juga memberi arahan kepada pesawat yang mendarat dan berlepas dari landasan.
#American Airlines #Black hawk #pesawat penumpang #kotak hitam
;