Nahas Sriwijaya: Wanita kongsi lambaian terakhir
Astro Awani
Januari 10, 2021 09:59 MYT
Januari 10, 2021 09:59 MYT
SEORANG wanita dipercayai penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang terhempas di Kepulauan Seribu semalam, sempat berkongsi detik-detik akhirnya sebelum kejadian.
Melalui perkongsian di IG Story di Instagram, wanita yang menggunakan akaun @ratihwindania sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya sebelum menaiki pesawat.
"Bye Bye keluarga semua. Kita pulang kampung dulu ya," kata wanita itu di Ig Storynya.
Ig Story berkenaan dimuat naik dalam tempoh 19 jam yang lalu.
Sementara itu, di ruangan komen di gambar paling terbaharu dimuat naik di Instagram, dibanjiri dengan ucapan takziah dan mendoakan keselamatan wanita itu dan anak-anaknya.
Pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak, disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, pada Sabtu.
Pesawat komersil itu dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.