Nahas Sriwijaya Air: Misi pencarian kotak hitam disambung

Agensi
Januari 14, 2021 20:14 MYT
Kebanyakan siasatan kemalangan pesawat yang melibatkan beberapa faktor akan mengambil masa berbulan untuk diselesaikan. - Gambar fail/ Reuters
SELEPAS seharian usaha mencari kotak hitam kedua pesawat Sriwijaya Air yang terhempas terhenti akibat cuaca buruk, pasukan penyelam Indonesia meneruskan pencarian pada Khamis.
Sebelum ini, usaha pasukan penyelam mencari perakam suara kokpit (CVR) serta mangsa nahas pesawat Boeing 737-500 di itu terpaksa dihentikan pada Rabu berikutan keadaan laut yang bergelora.
Pasukan penyelam sudah menjumpai satu daripada dua kotak hitam pesawat berkenaan selain perakam data penerbangan (FDR) bagi membantu penyiasatan mengenai punca pesawat itu terhempas, yang sehingga kini masih tidak jelas.
Memetik laporan Reuters, Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) Soerjanto Tjahjono berkata, maklumat pada FDR masih sedang diproses dan laporan akan didedahkan dalam masa 30 hari selepas kejadian.
BACA: Indonesia yakin temui kotak hitam kedua pesawat Sriwijaya Air
BACA: Nahas Sriwijaya Air: Gara-gara laut bergelora, operasi pencarian CVR pesawat dihenti
Kebanyakan siasatan membabitkan kemalangan pesawat yang melibatkan banyak faktor belum dikenal pasti biasanya mengambil masa beberapa bulan untuk diselesaikan, menurut pakar keselamatan.
Penerbangan Sriwijaya Air SJ182 terhempas selepas beberapa minit berlepas di Kepulauan Seribu, Sabtu lalu, mengorbankan kesemua 62 penumpang dan kru pesawat itu.
#pesawat #Sriwijaya Air #Indonesia #misi #pencarian #diteruskan #boeing 737 #Nahas #kotak hitam #FDR #siasatan #pasukan penyelam #cuaca buruk
;