Nahas pesawat Metrojet bukan satu kemalangan - Penyiasat

Agensi
November 7, 2015 02:50 MYT
Salah satu daripada dua kotak hitam pesawat Kogalymavia KGL9268 jenis Airbus A321 yang terhempas di Semenanjung Sinai itu. - Foto AFP
Nahas pesawat Metrojet milik Rusia yang terhempas di Mesir lalu bukan satu kemalangan, kata pasukan penyiasat Eropah.
Perkara itu dirumuskan setelah pasukan itu menganalisis dua kotak hitam pesawat Kogalymavia KGL9268 itu.
Menurut pasukan penyiasat, perakam suara kokpit telah mendedahkan terdapat satu letupan dalam pesawat itu sebelum ia terhempas.
Sementara itu, perakam data penerbangan juga mengesahkan bahawa letupan berkenaan tidak disengajakan.
Data tersebut juga tidak menunjukkan sebarang masalah teknikal sepanjang tempoh awal penerbangan pesawat itu.
Penerbangan dipercayai dalam keadaan baik pada 24 minit pertama, namun selepas tempoh itu tiada lagi data direkod serta suara kedengaran dalam kokpit.
Ia meyakinkan pasukan penyiasat bahawa bom tersebut meletup di dalam pesawat.
Pada Sabtu, pesawat penumpang Rusia terhempas di kawasan pergunungan terpencil di Semenanjung Sinai, Mesir, 23 minit selepas berlepas dari pusat peranginan Laut Merah.
Nahas itu membunuh kesemua 224 penumpangnya, termasuk 25 kanak-kanak.
FOTO: Nahas pesawat Rusia: 224 penumpang terbunuh
BACA: Kotak hitam ditemui
#eropah #KGL9268 #kotak hitam #Mesir #Nahas #penyiasat #pesawat #Rusia #Sinai