Nahas pesawat Lion Air: 10 perkara anda perlu tahu tentang Pangkal Pinang, Bangka

Asyraf Roslan
Oktober 29, 2018 15:25 MYT
10 perkara yang anda perlu ketahui mengenai Pangkal Pinang - Sumber foto Google Map
Pesawat Lion Air JT 610 1 yang telah disahkan terhempas di utara laut Karawang , Jawa Barat telah meninggalkan lapangan terbang di Jakarta pada jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.
Ia dijadualkan untuk tiba di Pangkal Pinang di daerah Bangka, Indonesia pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).
Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.
Buat masa ini, Astro AWANI difahamkan pesawat membawa 189 penumpang dan anak kapal 1 termasuk 181 penumpang dan tujuh kru kabin.
Berikut merupakan 10 perkongsian Astro AWANI berhubung bandar Pangkal Pinang di Bangka, Indonesia.
1. Pangkal Pinang merupakan bandar terbesar di Pulau Bangka, Indonesia dan merupakan Ibu kota wilayah Kepulauan Bangka Belitung.
2. Kawasan Pangkal Pinang umumnya beralun dan berbukit dengan ketinggian 20-50 m diatas paras laut dengan kecerun 0-25 peratus.
3. Populasi Pangkal Pinang sebahagian besarnya terdiri dari etnik Melayu dan juga Cina Hakka yang berasal dari Guangzhou, China manakala etnik lain ialah Batak dan Minangkabau.
4. Agama rasmi ialah agama Islam dan Bahasa Melayu adalah bahasa perantara di daerah itu.
5. Turut dikenali sebagai tempat penghasil timah terbesar di daerah Bangka.
6. Selain penghasilan timah, Pangkal Pinang juga popular dengan hasil pertanian terutamanya tanaman padi.
7. Filem popular Indonesia, Laskar Pelangi pernah melakukan pengambaran filem tersebut di salah satu kepulaan di Pulau Belitung.
8. Lapangan Terbang Depati Amir yang juga dikenali sebagai Lapangan terbang Pangkal Pinang yang terletak di Kota Pangkal Pinang, Provinsi Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia.
9. Tempat menarik yang boleh dilawati di Pangkal Pinang ialah Taman Sari, Taman Merdeka, Pantai Pasir Padi, Pantai Sampur, Chinatown dan Vihara Citra Maitreya.
10. Pangkal Pinang turut sinonim dengan perayaan Nganggung, satu perayaan berkongsi makanan yang juga diadakan semasa Hari Raya Aidilfitiri dan Aidiladha serta semasa Festival Qingming.
BACA : Nahas Pesawat Lion Air: Juruterbang beri indikasi pulang ke pangkalan sebelum hilang dari radar?
BACA : Pesawat Lion Air terhempas: 189 penumpang dipercayai terkorban
#anak kapal #Bahasa Melayu #Batak #Lapangan Terbang Depati Amir #Laskar Pelangi #Lion Air JT-610 #Minangkabau #Padi #Pangkal Pinang #terhempas #timah
;