Nahas pesawat: Laman web rasmi syarikat China Eastern bertukar hitam putih

Agensi
Mac 21, 2022 19:19 MYT
Sejurus selepas kejadian berkenaan, laman web rasmi China Eastern Airlines, aplikasi mudah alih dan beberapa platform media sosial syarikat itu bertukar ke warna hitam putih.
PESAWAT Boeing 737 milik Chinese Eastern Airlines yang membawa 132 orang termasuk sembilan anak kapal disahkan terhempas di wilayah Guangxi, China pada Isnin.
Media antarabangsa sudah mula melaporkan tentang kejadian itu, termasuk visual kebakaran hutan di kawasan nahas yang kini tersebar luas di media sosial.
Sejurus selepas kejadian berkenaan, laman web rasmi China Eastern Airlines, aplikasi mudah alih dan beberapa platform media sosial syarikat itu bertukar ke warna hitam putih - suatu perkara lazim yang dilakukan syarikat penerbangan sebagai memberi penghormatan atau berkabung atas nasib mangsa terlibat.
Presiden China Xi Jinping menerusi satu siaran khas di televisyen telah menyeru agar usaha mencari dan menyelamat dipergiatkan, selain menggesa pasukan penyelidik mencari punca sebenar nahas itu secepat mungkin.
Menurut perkhidmatan penjejak penerbangan FlightRadar24, pesawat China Eastern MU5735 itu sedang dalam penerbangan dari Kunming ke Guangzhou.

#MU5735 #Mu5735 Civil Aviation Administration confirms that a China Eastern Airlines plane crashed On March 21, 2022, a Boeing 737 of China Eastern Airlines During the Kunming-Guangzhou flight mission, it was lost over pic.twitter.com/VP9sKxR1VW

— (@xiaomaxiansheng) March 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Pesawat China dengan 132 individu dilapor terhempas
Badan regulatori penerbangan China berkata, pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika ia melintasi bandar Wuzhou.
Belum ada maklumat menyeluruh tentang jumlah sebenar kematian, dan sekarang ini pasukan kecemasan sudahpun digegaskan ke kawasan nahas.
Rekod keselamatan industri penerbangan China merupakan antara yang terbaik di dunia sejak beberapa dekad. China Eastern Airlines adalah salah satu daripada tiga syarikat penerbangan utama negara itu.
Pesawat yang terlibat dalam nahas itu berusia enam tahun, dan dan sedang terbang pada altitud 29,100 kaki pada jam 0620 GMT. Selepas 2 minit 15 saat, data menunjukkan pesawat itu turun ke paras ketinggian 9,075 kaki.
Jejak terakhir yang terpapar dalam rekod FlightRadar24 adalah pesawat itu terus menjunam ke paras 3,2225 kaki.
Dalam satu kenyataan dari badan penerbangan itu: "Setakat ini, nahas pesawat tersebut telah disahkan. Pentadbiran Penerbangan Awam China telah mengaktifkan mekanisme kecemasan dan telah menghantar pasukan ke lokasi kejadian."
#China Eastern #nahas pesawat #kapal terbang terhempas #Guangxi #China
;