Nahas pesawat dua enjin di Taiwan, 45 dikhuatiri terbunuh
AFP
Julai 23, 2014 21:26 MYT
Julai 23, 2014 21:26 MYT
Seramai 45 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas yang melibatkan sebuah pesawat penumpang TransAsia Airways berdekatan pulau Penghu di Taiwan pada Rabu.
Sembilan lagi penumpang dilaporkan tercedera, menurut laporan awal Focus Taiwan.
Pasukan penyelamat dilaporkan berkata, tiada tanda-tanda yang menunjukkan 45 penumpang itu terselamat setelah pesawat dua enjin itu mendarat cemas dan terbakar di luar lapangan terbang Magong sekitar pukul 7 malam.
Pesawat itu yang diklasifikasikan sebagai GE 222 berlepas pada pukul 5 petang dari Kaohsiung dan dijangka tiba di Magong pukul 5.35 petang.
Punca nahas masih disiasat.
BERITA LANJUT MENYUSUL