Nahas pesawat A330: Air France, Airbus mengaku tidak bersalah

Astro Awani
Oktober 11, 2022 10:10 MYT
Ketua Pengarah Eksekutif Air France, Anne Rigail (tengah) ketika tiba di Mahkamah Jenayah Paris. - Foto AP
PARIS: Air France dan Airbus mengaku tidak bersalah atas dakwaan pematian orang secara tidak sengaja, berkaitan nahas pesawat A330 pada 2009.
Nahas berkenaan mengorbankan semua penumpang dan anak kapalnya.
Kedua-dua mereka didakwa di Mahkamah Jenayah Paris.
Pengakuan tidak bersalah itu dibuat sejurus selepas nama kesemua mangsa dibacakan di Mahkamah Jenayah Paris.
Air France dan Airbus sebelum ini diletakkan di bawah siasatan rasmi atas dakwaan sama, bagi menentukan pihak yang bertanggungjawab ke atas nahas tersebut.
Bagaimanapun dakwaan ke atas syarikat itu digugurkan pada 2019 selepas pertikaian berkaitan hasil siasatan tersebut.
Jika didapati bersalah, kedua-dua syarikat boleh didenda AS$219,000.
Nahas pesawat Air France A330 ini berlaku ketika ia dari perjalanan dari Paris ke Rio De Janeiro.
Siasatan sebelum ini merumuskan punca nahas adalah pembekuan sensor yang menyebabkan juruterbang gagal menentukan kelajuan dan atitud pesawat.
#Airbus #Air France #nahas pesawat A330 #dakwaan pematian orang secara tidak sengaja
;