Nahas Lion Air: Artis Indonesia cerita pengalaman naik pesawat sehari sebelum tragedi

Agensi
Oktober 31, 2018 14:19 MYT
Pengacara televisyen TransTV, Conchita Caroline menceritakan pengalamanya semasa menaiki pesawat Lion Air sehari sebelum pesawat itu terhempas - Foto IG conchizzlin & Reuters
Pengacara televisyen Indonesia, Conchita Caroline dan Aphrodita Mayangsari menceritakan pengalaman mereka ketika menaiki pesawat Lion Air JT610 dari Bali ke Jakarta sehari sebelum pesawat itu terhempas pada awal pagi Isnin semasa membuat penerbangan ke Pangkal Pinang.
Menurut Conchita melalui laman Instagramnya, mereka berdua sepatutnya menaiki pesawat pada pukul 6.15 petang namun, pesawat tergendala sementara akibat masalah teknikal sebelum mereka dibenarkan masuk pada jam 7.30 malam.
BACA : [LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Lion Air
BACA : Nahas pesawat Lion Air: Objek dipercayai bangkai pesawat dikesan - TNI
BACA : Pesawat Lion Air terbang 'di luar kebiasaan' sehari sebelum terhempas
Tambahnya lagi, apabila kesemua penumpang masuk ke dalam kabin, enjin pesawat telah beberapa kali mati dan penyaman udara juga tidak berfungsi telah menyebabkan penumpang kepanasan.
“Ketika pesawat itu bergerak ke landasan tiba-tiba ia berhenti sebelum berpatah balik ke parker atas masalah teknikal yang tidak diberitahu kru, enjin pesawat juga berbunyi ganjil dan lantai berasa panas,” katanya.
Sementara itu, selebriti Instagram Indonesia, Aphrodita Mayangsari menceritakan keadaan sewaktu pesawat yang dinaikinya tidak stabil.
“Pesawat itu turun dan naik beberapa kali seperti mahu terhempas membuatkan beberapa penumpang termasuk rakan saya muntah,” kata Aphrodita.
Bagaimanapun, penerbangan dari Denpasar ke Jakarta terbabit selamat mendarat pada 10.55 malam (waktu tempatan) pada Ahad.
#Indonesia #Jakarta #JT610 #Lion Air #penerbangan #pesawat #PrayforJT610 #terhempas
;