Nahas kereta api: Kerja baik pulih dua trek selesai - Menteri Perkhidmatan Rel
Agensi
Jun 4, 2023 23:44 MYT
Jun 4, 2023 23:44 MYT
BALASORE: Dua hari selepas insiden kemalangan kereta api terburuk di daerah Balasore, Odisha, India, dua trek kereta api telah dibaiki bagi meneruskan laluan utama yang menghubungkan India Timur dan Selatan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa memberitahu sekurang-kurangnya satu trek kereta api sudah beroperasi.
Namun begitu, pihaknya memerlukan lebih masa lagi untuk memperbaiki semua trek termasuk trek pusingan di tapak kemalangan Balasore.
Kerajaan Odisha pada Ahad mencatatkan bilangan kematian dalam kemalangan tiga kereta api meningkat daripada 275 daripada 288 manakala angka kecederaan mencecah 1,175.
Ketua Setiausaha P K Jena memberitahu wartawan tempatan beberapa mayat telah dikira dua kali.
"Selepas pengesahan terperinci dan laporan Pengumpul Daerah Balasore, jumlah kematian akhir ditetapkan menjadi 275," katanya.
Pihak berkuasa menyiasat sistem pengurusan trek elektronik yang disyaki mereka tidak berfungsi dan menyebabkan nahas kereta api paling membawa maut di India dalam tempoh lebih dua dekad.
Dalam taklimat terperinci pertama mereka mengenai nahas itu, pegawai Indian Railways berkata, kegagalan sistem pengurusan landasan menjadi fokus utama dalam siasatan.