Nahas kereta api Amtrak: Gerabak bergerak melebihi dua kali ganda had laju

Agensi
Disember 19, 2017 04:19 MYT
Hasil siasatan awal mendapati, kereta api terbabit bergerak pada kelajuan 80 kilometer sejam, melebihi dua kali ganda had laju yang ditetapkan. - Foto REUTERS/Steve Dipaola/File Photo
Pihak keselamatan Amerika Syarikat telah memulakan operasi mengalihkan kereta api penumpang Amtrak yang tergelincir dan terjatuh di atas beberapa buah kenderaan di lebuh raya Interstate 5 pada Isnin di Tacoma, Washington.
Dua trak bersaiz besar digunakan dalam operasi tersebut yang sedikit terjejas kibat cuaca buruk yang melanda.
Hasil siasatan awal mendapati, kereta api terbabit bergerak pada kelajuan 80 kilometer sejam, melebihi dua kali ganda had laju yang ditetapkan.
Menurut ahli lembaga keselamatan pengangkutan negara itu, kelajuan yang dibenarkan cuma 30 kilometer sejam.
Rekod rasmi mangsa yang terkorban dicatatkan adalah tiga.
Amtrak mengesahkan kejadian membabitkan kereta api 501 yang sedang dalam perjalanan dari Seattle ke Portland, Oregon.
#Amtrak #Interstate 5 #kereta api #kilometer sejam #mangsa #Seattle #tergelincir #terjatuh #terkorban
;