Nahas jalan raya di Bolivia ragut lebih 30 nyawa

Bernama
Februari 18, 2025 09:40 MYT
Keadaan bas yang terjatuh ke dalam jurang dalam kejadian nahas jalan raya di Yocalla, Bolivia, 17 Feb 2025. REUTERS
LA PAZ: Sekurang-kurangnya 31 penumpang maut, manakala lebih 12 lagi cedera apabila sebuah bas terjunam ke dalam jurang di Bolivia pada Isnin, menurut polis tempatan.
Pemandu bas dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan itu terjunam hampir 800 meter dari tebing di kawasan pergunungan di perbandaran Yocalla, barat daya Bolivia, kata seorang pegawai polis.
Seramai 10 dewasa dan empat kanak-kanak dimasukkan ke hospital, dengan beberapa daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi, menurut seorang pegawai hospital dalam satu kenyataan video.
Laluan berbukit yang dipenuhi selekoh tajam dan faktor kelajuan mungkin menjadi punca kemalangan, kata pegawai polis.
-- REUTERS
#Bolivia #kemalangan bas #bas terjunam #kawasan pergunungan
;