Nahas helikopter: Ketua Turus Angkatan Tentera India, isteri antara 13 disah terkorban

Agensi
Disember 8, 2021 22:17 MYT
Rawat, isterinya dan 11 yang lain antara yang terkorban selepas helikopter MI-17V5 itu terhempas di bukit berhampiran Bandar Coonoor. - Twitter @karthickselvaa
KETUA Turus Angkatan Tentera India disahkan maut dalam kejadian helikopter terhempas di daerah Nilgris dekat Tamil Nadu, India sekitar jam 12.20 tengah hari waktu tempatan.
Selain Jeneral Bipin Rawat, isterinya dan 11 yang lain turut terkorban selepas helikopter MI-17V5 itu terhempas di bukit berhampiran Bandar Coonoor.
Seorang mangsa dilapor terselamat namun mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Rawat, 63, dilantik sebagai Ketua Staf Pertahanan India pada Januari 2019.
BACA: Helikopter bawa Ketua Turus Pertahanan terhempas
Tentera Udara India mengesahkan pihaknya telah mengeluarkan arahan siasatan.
Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi memanggil mesyuarat tergempar Kabinet susulan nahas tersebut.
#terhempas #helikopter terhempas #Narendra Modi #India
;