Nahas Germanwings: Kapten pesawat malang dikenal pasti

Agensi
Mac 29, 2015 09:50 MYT
Sonderheimer memulakan kerjayanya bersama Germanwings pada Mei 2014, tetapi sebelum ini telah berkhidmat dengan syarikat induk Lufthansa. -Gambar fail
Kapten pesawat Germanwings yang terhempas di banjaran Alps Perancis pada Selasa dikenal pasti sebagai Patrick Sonderheimer, lapor NBC News.
Sonderheimer memulakan kerjayanya bersama Germanwings pada Mei 2014, tetapi sebelum ini telah berkhidmat dengan syarikat induk Lufthansa dan subsidiarinya Condor selama lebih 10 tahun.
Beliau mempunyai rekod penerbangan selama lebih 6,000 jam dengan pesawat Airbus A320 yang terhempas, kata jurucakap Lufthansa pada Khamis.
Kedua-dua juruterbang, Sonderheimer dan Andreas Lubitz, telah dilatih di pusat latihan penerbangan Lufthansa di Bremen, Jerman, dan juga di Phoenix.
Lubitz, 27, dilapor mengunci Sonderheimer di luar kokpit pesawat Germanwings penerbangan 9525 dan mengemudi pesawat malang itu ke kawasan banjaran yang meragut nyawa 150 penumpang dan kru.
#Airbus A320 #Condor #Germanwings #lubitz #Lufthansa #Patrick Sonderheimer
;