Nahas China Eastern Airlines: Kotak hitam kedua pesawat MU5735 ditemui
Agensi
Mac 27, 2022 14:30 MYT
Mac 27, 2022 14:30 MYT
PASUKAN pencari menemukan kotak hitam kedua pesawat China Eastern Airlines, MU5735, lapor CCTV pada Ahad.
Penemuan itu dijangka memberi maklumat dan klu penting dalam insiden yang meragit nyawa 132 penumpang itu.
Laporan itu mendakwa kotak hitam itu tertanam kira-kira 1.5 meter di dalam tanah yang berlumpur dan ada risiko tanah runtuh.
Media China sebelum ini menarik balik laporan tentang 'penemuan kotak hitam kedua' tersebut.
Berita 'penemuan' kotak hitam kedua itu pertama kali dilaporkan pada Jumaat oleh CAAC News, sebuah akhbar dikendalikan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China.
Bagaimanapun, media berkenaan menarik balik laporan tersebut dan menjelaskan bahawa ia masih belum ditemukan.
Sementara itu, sebuah lagi kotak hitam iaitu perakam suara kokpit telah ditemukan pada Rabu berhampiran titik kemalangan berkenaan dan telah dihantar ke makmal Beijing untuk dianalisis.
Pada Khamis, pasukan mencari dan menyelamat meluaskan kawasan pencarian, namun hujan dan risiko tanah runtuh telah melambatkan operasi berkenaan.