Nahas China Eastern Airlines: Kotak hitam dari pesawat ditemui

Agensi
Mac 23, 2022 17:17 MYT
Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian. - Foto Zhou Hua/Xinhua via AP
PENYIASAT penerbangan China mengesahkan telah menemui kotak hitam menyimpan suara kokpit dan data penerbangan pesawat China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lalu, lapor portal berita Xinhua.
Menerusi kotak hitam itu, ia dapat menjelaskan apa yang terjadi di mana menurut tentera berada dalam pesawat itu dan dapat memastikan situasi yang benar-benar terjadi.
Pesawat Boeing 737-800 itu terjunam pada kelajuan tinggi sebelum ia terhempas di bandar Wuzhou di wilayah Guangxi.
Penerbangan MU5725 dari Kunming ke Guangzhou itu dilapor hilang selepas menjunam dengan kelajuan tinggi sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan pada Isnin lalu.
Pesawat itu kemudian tidak memberi sebarang isyarat atau data di sekitar Wuzhou.
Pesawat tersebut diserahkan kepada syarikat China Eastern Airlines daripada Boeing pada Jun 2015 dan telah beroperasi melebihi enam tahun.
Agensi berita CCTV pada Selasa, melaporkan selepas bangkai pesawat ditemui, tiada sebarang petunjuk ada penumpang yang terselamat ditemui.
BACA: Usaha jejaki kotak hitam pesawat China Eastern Airlines diteruskan
BACA: Nahas pesawat: Laman web rasmi syarikat China Eastern bertukar hitam putih
Nahas Pesawat China | Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat
Ekoran daripada nahas berkenaan, perjalanan udara di China turut terjejas.
Semalam, 74 peratus daripada 11,800 penerbangan yang dijadualkan di China telah dibatalkan, termasuk sebahagian besar daripada Beijing dan Shanghai, yang merupakan salah satu laluan domestik paling sibuk di dunia.
[INFOGRAFIK] Kronologi nahas pesawat China Eastern Airlines (MU 5735)
Perjalanan udara China telah berdepan sekatan susulan COVID-19, tetapi angka yang direkodkan pada Selasa merupakan yang tertinggi tahun ini dan dua kali ganda jumlah yang dicatatkan pada awal bulan ini, menurut data penerbangan China.
#China Eastern Airlines #pesawat terhempas #kotak hitam #pesawat Boeing MU5735
;