Nafi hak rakyat dapat rawatan, kerajaan arah semua wad kecemasan di Shanghai dibuka

Agensi
April 3, 2022 15:56 MYT
Perintah berkurung dilaksanakan bagi mengawal penularan varian Omicron bermula Isnin lalu dan pada awalnya dijangka akan berlanjutan untuk tempoh 10 hari secara keseluruhannya. - Gambar fail/AP
SHANGHAI : Kerajaan mengarahkan wad kecemasan di semua hospital dan klinik di Shanghai dibuka semula selepas menerima aduan daripada rakyat mengenai hak mereka untuk mendapat rawatan dinafikan susulan pelaksanaan perintah berkurung.
Memetik South China Morning Post, arahan itu dikeluarkan sejurus selepas beberapa siri insiden yang mencetus kemarahan orang ramai.
Terbaharu, seorang jururawat dilaporkan mati selepas gagal diberi rawatan di hospitalnya bekerja.
Pihak berkuasa menyifatkan hospital tersebut gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyelamatkan nyawa dan memberi rawatan yang sewajarnya.
Di sebuah hospital di bandar Xi’an pula, seorang wanita keguguran selepas hospital itu enggan merawat wanita itu.
Gambar menunjukan seorang wanita duduk di atas kerusi plastik sambil berlumuran dadah menjadi tular sehingga memaksa pengurusan tertinggi di Hospital Gaoxin memohon maaf.
Wanita itu mendakwa dia tidak diberikan rawatan kerana ujian COVID-19 yang dilakukannya tersasar sedikit dari tempoh 48 yang diperlukan.
Justeru kerajaan memaklumkan pihaknya sedang membangunkan mekanisme yang sesuai dalam memastikan orang ramai mendapat rawatan yang sepatutnya.
Perintah berkurung yang dilaksanakan bagi mengawal penularan varian Omicron bermula Isnin lalu dan pada awalnya dijangka akan berlanjutan untuk tempoh 10 hari secara keseluruhannya.
Bagaimanapun, kerajaan berkata, kelonggaran di timur Shanghai akan dilaksanakan secara berperingkat.
#perintah berkurung #lockdown #China #COVID-19
;