Nabi Tajima, manusia tertua di dunia meninggal pada usia 117 tahun

Agensi
April 22, 2018 17:29 MYT
Tajima meninggal dunia pada Sabtu. - Reuters
MANUSIA tertua di dunia, Nabi Tajima, meninggal dunia pada usia 117 tahun.
Seorang pegawai di bandar Kikai, Jepun, berkata, Tajima menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital pada hari Sabtu, kira-kira jam 7.30 pagi.
Tajima dimasukkan ke hospital sejak Januari lalu.
Dilahirkan pada 4 Ogos, 1900, Tajima dilaporkan mempunyai lebih daripada 100 waris, antaranya 9 anak, 28 cucu dan 91 cicit.
Dia dinobatkan manusia tertua di dunia tujuh bulan lalu selepas kematian Violet Brown di Jamaica, juga pada usia 117 tahun.
Tajima sebelum ini berkongsi rahsia di sebalik usianya yang mampu mencecah lebih dari 100 tahun.
"Diet Jepun adalah kunci kepada hayat yang panjang," ujarnya.
Laporan portal The Independent menyebut, seorang lagi wanita Jepun, Chiyo Yoshida, kini memegang gelaran manusia tertua di dunia, berusia 116 tahun.
#Jepun #Kikai #manusia tertua #meninggal dunia #Nabi Tajima #Violet Brown #wanita
;