Myanmar umum pengampunan bagi 5,774 banduan sempena Hari Kebangsaan
Bernama
November 17, 2022 05:21 MYT
November 17, 2022 05:21 MYT
YANGON: Majlis Pentadbiran Myanmar memberi pengampunan kepada 5,774 banduan pada Khamis sempena Hari Kebangsaan negara itu, lapor Xinhua, memetik saluran televisyen kerajaan MRTV.
Menurut arahan berasingan majlis itu, bekas menteri, artis dan empat warga asing turut diberikan pengampunan pada Hari Kebangsaan.
Hukuman tahanan telah dimansuhkan sempena Hari Kebangsaan negara itu dan atas dasar kemanusiaan selain hubungan antara negara masing-masing dan Myanmar, katanya.
Majlis itu juga menutup kes terhadap 11 artis yang didakwa di pelbagai mahkamah di negara ini pada Hari Kebangsaan, katanya.
Sebelum ini, negara Asia Tenggara itu memberi pengampunan kepada 1,619 banduan termasuk 42 banduan asing pada Hari Tahun Baharu tradisinya tahun ini pada April.
-- BERNAMA