Myanmar: Mangsa 20 tahun ditembak di kepala selamat disemadikan
Astro Awani
Mac 4, 2021 07:13 MYT
Mac 4, 2021 07:13 MYT
WALAUPUN menyaksikan angka korban harian tertinggi dalam protes pada Rabu, kawalan polis tetap gagal melemahkan semangat tunjuk perasaan di Myanmar.
Sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu, lebih 50 orang disahkan dibunuh oleh polis dan tentera, termasuk sekurang-kurangnya 38 kematian yang dilaporkan berlaku pada Rabu.
Utusan Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Myanmar, Christine Schraner Burgener menggambarkan 3 Mac sebagai hari paling berdarah sejak kudeta dilancarkan.
Bandar terbesar, Yangon, yang merekodkan angka korban tertinggi dengan 18 mangsa, masih menyaksikan kawasan-kawasan utama dibanjiri penunjuk perasaan pada Khamis.
Manakala di bandar Mandalay, seorang pelajar wanita berusia 20 tahun, Kyal Sin, selamat disemadikan dalam upacara yang dihadiri orang ramai.
Kyal Sin merupakan salah seorang penunjuk perasaan yang terkorban ketika polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan protes.
Dia disahkan meninggal dunia akibat ditembak di kepala.
Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyarankan agar pihak relevan di Myanmar mengelak daripada menggunakan kekerasan yang boleh menjejaskan keselamatan masyarakat di negara berkenaan.
#Myanmar
#Hishammuddin Hussein
#PBB
#meninggal dunia
#keselamatan
#angka korban
#Penunjuk perasaan
#mangsa
#protes
#tentera
#kudeta
#rampasan kuasa
#junta tentera
#Christine Schraner Burgener
#Yangon
#Mandalay
#keganasan