Myanmar lanjut tempoh darurat enam bulan lagi

Bernama
Ogos 1, 2024 18:45 MYT
Myanmar mula mengisytiharkan darurat pada Februari 2021 selama satu tahun sebelum dilanjutkan sebanyak lima kali. - Gambar fail/ AP
HANOI: Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar (NDSC) pada Rabu memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama enam bulan lagi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik laporan Myanmar Radio and Television (MRTV) yang dikendalikan kerajaan.
Dalam mesyuarat NDSC yang diadakan di Nay Pyi Taw, semua ahli NDSC yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat berkenaan.
Tindakan ini dibuat mengikut Seksyen 425 Perlembagaan Negara.
Myanmar mengisytiharkan darurat pada Februari 2021 selama satu tahun.
Selepas itu, tempoh darurat dilanjutkan lima kali, masing-masing selama enam bulan sehingga 31 Julai tahun ini.
Mesyuarat NDSC turut membincangkan perkara-perkara berkaitan persiapan pilihan raya, kerja-kerja pembangunan semasa, persiapan untuk bancian penduduk dan perumahan negara, serta sektor pendidikan, kesihatan dan pertanian.
-- BERNAMA
#Myanmar #tempoh darurat #lanjutan #pilihan raya
;