Myanmar hapuskan dadah bernilai AS$642 juta
Astro Awani
Jun 26, 2022 06:00 MYT
Jun 26, 2022 06:00 MYT
YANGON: Pihak berkuasa Myanmar memusnahkan dadah bernilai AS$642 juta di seluruh negara pada Ahad.
Pembakaran secara besar-besaran termasuk dadah jenis candu, Heroin dan Methamphetamine itu menjadi acara tahunan di Myanmar ketika menyambut Hari Antidadah Antarabangsa pada 26 Jun.
Dadah yang dirampas seperti heroin, ganja, methamphetamine dan ketamin, bersama-sama dengan bahan kimia yang dirampas digunakan untuk pengeluaran dadah sintetik telah dimusnahkan di perbandaran Hlang Tharyar.
Acara pembakaran yang sama turut berlaku di bandar Mandalay dan Taunggyi.
Myanmar adalah salah satu pengeluar narkotik terbesar, kebanyakannya dihasilkan di kawasan sempadan di luar kawalan kerajaan tentera.