Myanmar bakar dadah bernilai RM3.6 bilion

Agensi
Jun 26, 2020 22:09 MYT
Pihak berkuasa juga memusnahkan dadah yang dirampas di Mandalay, Lashio dan di Taunggyi dan negeri Shan. - Reuters
Pihak berkuasa Myanmar membakar rampasan dadah bernilai lebih RM3.6 bilion atau AS$839 juta pada Jumaat sempena Hari Banteras Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Manusia Sedunia.
Pembakaran itu dilakukan di Bandar Yangon yang dipercayai menjadi antara sumber utama narkotik terbesar di Asia Timur dan Asia Tenggara.
Antara dadah yang dibakar termasuk opium, heroin, methamphetamine, ganja, ketamin dan syabu.
Pihak berkuasa juga memusnahkan stok simpanan yang dirampas di Mandalay, Lashio dan di Taunggyi dan negeri Shan.
Selama kira-kira enam minggu juga, pihak berkuasa negara itu telah menjalankan operasi secara besar-besaran dan merampas sekitar 18 tan dadah di dalam dan sekitar di negeri Shan.
Ini termasuk hampir 200 juta pil methamphetamine.
#Asia #Asia Tenggara #Dadah #ganja #heroin #Myanmar #operasi #rampasan dadah #Syabu
;