Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Bernama
September 23, 2024 06:25 MYT
September 23, 2024 06:25 MYT
YANGON: Sebanyak 1,002.71 tan metrik beras simpanan sedang diedarkan melalui program Simpanan Beras Kecemasan ASEAN Campur Tiga ke kawasan yang terjejas banjir di Myanmar, menurut Kementerian Pertanian, Haiwan Ternakan dan Saliran pada Isnin.
Sebanyak 250 tan metrik beras simpanan telah diperuntukkan kepada Wilayah Yangon, 250 tan kepada Wilayah Bago dan 250 tan kepada Wilayah Ayeyarwady, manakala 252.71 tan beras diperuntukkan kepada wilayah Mandalay, kata U Hla Tun, Timbalan Setiausaha Tetap kementerian itu kepada Xinhua.
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, dan pelan 14 hari yang membantu lebih 100,000 orang, katanya.
"Negara kami berada pada risiko tinggi terhadap bencana, jadi program ini amat bermanfaat," katanya.
-- BERNAMA