Myanmar: 7 banduan maut ketika cuba lari dari penjara

Bernama
Mac 16, 2022 17:09 MYT
Seramai 50 banduan pada Selasa bertindak menahan tiga tebusan termasuk ketua pengarah penjara, U Kyaw Thu. - Gambar fail
YANGON: Sekurang-kurangnya tujuh banduan maut dan 12 lagi cedera ketika cuba meloloskan diri dari sebuah penjara di Myanmar, menurut kenyataan pihak berkuasa negeri.
Seramai 50 banduan pada Selasa bertindak menahan tiga tebusan termasuk ketua pengarah penjara, U Kyaw Thu, lapor Xinhua.
U Kyaw Thu berjaya melepaskan diri dengan memanjat menara kawalan dan menggesa banduan membebaskan kedua-dua tebusan serta kembali ke sel masing-masing.
Bagaimanapun, gesaan U Kyaw Thu tidak diendahkan menyebabkan beliau terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.
Keadaan di penjara Kalay, wilayah Sagaing itu kini terkawal dan siasatan berhubung insiden berkenaan sedang dijalankan.
-- BERNAMA
#banduan #Myanmar #penjara #larikan diri
;