Muzium popular di kota London jadi tuan rumah majlis iftar

Bernama
Mac 25, 2023 20:43 MYT
Projek ini telah dimulakan oleh sekumpulan pelajar di SOAS University London untuk berkongsi juadah berbuka puasa bersama-sama dengan penuntut antarabangsa. - Gambar Facebook Victoria and Albert Museum
Program yang diadakan pada Jumaat itu dianjurkan oleh Projek Khemah Ramadhan (Ramadan Tent Project) yang disertai lebih 400 orang, lapor Agensi Anadolu.
Pengasas projek itu Omar Salha berkata tahun 2023 menandakan ulang tahun ke-10 projek itu.
Projek ini telah dimulakan oleh sekumpulan pelajar di SOAS University London untuk berkongsi juadah berbuka puasa bersama-sama dengan penuntut antarabangsa.
Salha berkata badan amal itu akan menganjurkan majlis berbuka puasa di 10 bandar raya sepanjang Ramadan termasuk di Birmingham, Manchester dan Cambridge serta London.
Beliau berkata acara berbuka puasa di Dataran Trafalgar akan menjadi majlis iftar yang terbesar.
Acara yang sama juga akan dianjurkan di teater Globe Shakespeare, stadium kelab bola sepak Chelsea Stamford Bridge dan stadium American Express Community kelab Brighton and Hove Albion, katanya.
-- BERNAMA
#Ramadan #Dataran Trafalgar #badan amal #Chelsea
;