Muzium Belanda dipecah masuk, lukisan Van Gogh dibawa lari

Agensi
Mac 30, 2020 06:00 MYT
Lukisan "The Parsonage Garden at Nuenen in Spring 1884" ini dicuri dari muzium di Laren, Belanda awal pagi Isnin. -Gambar fail
Lukisan karya pelukis agung Vincent Van Gogh dicuri di sebuah muzium di Belanda pada Isnin.
Pencuri dipercayai memecah masuk pintu depan Muzium Singer di Laren sebelum membawa lari lukisan itu.
Lukisan bertajuk "The Parsonage Garden at Nuenen in Spring 1884" yang dihasilkan pada 1884 itu dipinjamkan ke muzium tersebut dari Muzium Groninger yang terletak di bahagian utara negara itu, lapor NL Times.
Polis percaya kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.15 pagi waktu tempatan.
"Pencuri memecahkan pintu masuk dan hanya mengambil lukisan tersebut," kata polis.
Sementara itu, Pengarah Muzium, Jan Rudolph de Lorm melahirkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku.
"Ini situasi yang sangat buruk kepada Muzium Groninger dan Singer sendiri," ujarnya kepada CNN.

Last night this Van Gogh painting was stolen from the Singer Museum in Laren, the Netherlands. The hunt is on... pic.twitter.com/2K9ltNHRPt

— Arthur Brand (@brand_arthur) March 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Muzium itu telah ditutup kepada orang ramai sejak awal bulan ini kerana kebimbangan penularan jangkita COVID-19.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada berlaku pengurangan kakitangan atau prosedur keselamatan lain di muzium tersebut disebabkan pandemik berkenaan.
Lukisan Van Gogh bukan kali pertama dicuri di Belanda dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Pada tahun 1991, pencuri berjaya mengeluarkan 20 buah lukisan bernilai kira-kira US$500 juta.
Seorang perompak dilapor bersembunyi di dalam muzium sehingga ia ditutup sebelum seorang lagi rakannya memasuki premis berkenaan.
Pada tahun 2016, polis Itali menemui dua lukisan Van Gogh - masing-masing dilaporkan bernilai melebihi USD50 juta - di sebuah rumah di selatan Naples yang dipercayai milik pengedar dadah.
Lukisan itu dilaporkan dicuri pada tahun 2002, juga dari Muzium Van Gogh di Amsterdam.
Mungkin secara kebetulan lukisan yang dicuri pada pagi Isnin itu sama dengan tarikh Van Gogh dilahirkan iaitu pada 30 Mac 1853.
#Amsterdam #COVID-19 #Dadah #Itali #Jan Rudolph de Lorm #muzium #Muzium Singer di Laren #pelukis agung #polis #The Parsonage Garden at Nuenen in Spring 1884 #Van Gogh
;