Muzik video air mata Ifan kenang momen bersama arwah isteri, rakan-rakan Seventeen
Astro Awani
Februari 21, 2019 12:04 MYT
Februari 21, 2019 12:04 MYT
IFAN, satu-satunya anggota Seventeen yang terselamat daripada tragedi Tsunami di Palu, Indonesia pada Disember lalu muncul dengan sebuah video muzik terbaharu yang menyentuh perasaan.
Berganding dengan kumpulan Armada, video muzik berjudul 'Demi Tuhan Aku Ikhlas' itu didedikasikan khusus oleh Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah buat isterinya, Allahyarham Dylan Sahara yang maut dalam tragedi pilu itu.
'Demi Tuhan Aku Ikhlas' juga merupakan terjemahan rasa duka mendalam penyanyi itu buat rakan-rakan pemuzik Seventeen Bani, Herman dan Andi yang turut terkorban ketika banda berkenaan menjayakan persembahan semasa musibah Tsunami melanda.
Video muzik berkenaan turut memaparkan visual dan gambar momen manis Ifan bersama wanita pujaan serta rakan-rakannya dalam Seventeen.
Ini kerana, kata Ifan, banyak gambar kenangan bersama Allahyarham isterinya, Dylan Sahara, disimpan dalam telefon pintarnya yang hilang sewaktu Selat Sunda dilanda tragedi itu.
#ARMADA
#gempa
#Ifan
#Indonesia
#Lagu
#mati
#maut
#music
#music video
#muzik
#Nahas
#Palu
#pop
#Selat Sunda
#SEVENTEEN
#tewas
#tsunami