Mutasi baharu COVID-19 dikesan di UK
Agensi
Disember 20, 2020 15:39 MYT
Disember 20, 2020 15:39 MYT
KUALA LUMPUR: Sebahagian penduduk di United Kingdom (UK) terpaksa membatalkan hasrat menyambut Hari Krismas selepas pasukan kesihatan negara itu mengesan satu mutasi baharu membabitkan jangkitan COVID-19.
Memetik seorang Ketua Pegawai Perubatan England sebagai berkata, berdasarkan model data awal dan peningkatan kes yang mendadak di tenggara negara itu mendapati mutasi itu berjangkit dengan pantas.
"Kami telah diberi amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan data itu masih lagi dalam peringkat kajian.
"Seperti yang sedia maklum, pada Isnin lalu, UK telah mengesan mutasi baharu COVID-19 melalui pengawasan genomik Public Health England. Oleh itu, para saintis sedang dalam peringkat kajian untuk memastikan jenis mutasi berkenaan.
"Sehingga hari ini, pihaknya tidak mempunyai bukti kukuh melibatkan mutasi baharu itu sehingga menyebabkan kadar kematian yang lebih tinggi," katanya yang dipetik laporan agensi.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Perubatan England menambah, pengesanan mutasi baharu itu turut akan mempengaruhi keupayaan vaksin yang diluluskan kerajaan berkenaan.
"Tahap kebimbangan rakyat di sini semakin meningkat terutamanya di seluruh negara Eropah meskipun sedang berusaha untuk mengatasi gelombang kedua kes dan kematian melibatkan pandemik ini," katanya.
#WHO
#COVID-19
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#United Kingdom
#England
#Mutasi Baharu
#pandemik
#rakyat
#kesihatan
#Krismas