Musim haji diteruskan, jumlah jemaah dihadkan

Astro Awani
Jun 22, 2020 06:06 MYT
Arab Saudi umum musim haji tahun ini diteruskan namun jumlah jemaah akan dihadkan. -Gambar fail
Arab Saudi umum musim haji tahun ini diteruskan.
Jumlah jemaah bagi mengerjakan ibadat itu walau bagaimanapun akan dihadkan, lapor stesen televisyen al Ekhbariya, susulan pandemik COVID-19.
“Kementerian Haji dan Umrah telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441h, akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi.
“Keputusan ini dibuat bagi memastikan ibadat haji dijalankan dengan kaedah selamat dari perspektif negara yang sudah menetap di Arab Saudi.
"Keputusan ini dibuat bagi memastikan ibadat haji dijalankan dengan kaedah selamat dari perspektif kesihatan umum dengan memantau pendekatan pencegahan dan protokol penjarakan sosial bagi melindungi umat Islam dari risiko yang dikaitkan dengan pandemik ini.
“Selari dengan ajaran Islam bagi melindungi nyawa.
"Keputusan ini adalah refleksi keinginan pemerintah Arab Saudi untuk melindungi umat Islam dari bahaya pandemik,” lapor stesen itu.
Bagaimanapun jumlah jemaah yang dibenarkan mengerjakan haji tidak diperincikan.
Musim haji yang dijadual bermula hujung Julai lazimnya mengumpulkan dua juta umat Islam dari seluruh dunia.
Arab Saudi tidak pernah membatalkan musim haji sejak 90 tahun lalu.
#Arab Saudi #COVID-19 #Haji #Islam #kesihatan #koronavirus #pandemik #penjarakan sosial #umrah
;