Murid teruja 'Lisa Blackpink' mengajar bahasa Inggeris

Saraya Mia
Julai 17, 2019 15:55 MYT
Teeraphong hadir ke kelas dengan rambut palsu kelabu, muka dipenuhi alat solek berwarna-warni, serta bulu mata yang daripada bulu ayam. -Reuters
Mengajar bahasa Inggeris dalam persekitaran yang lebih mengutamakan bahasa ibunda bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Teknik pengajaran yang unik dan lebih santai menjadi pilihan guru bagi menarik minat pelajar. Jika tidak, suasana pembelajaran akan menjadi cukup membosankan dan murid sukar menimba ilmu yang diajar.
Cabaran itulah yang didepani seorang guru lelaki ini di Thailand. Namun pendekatan uniknya menarik perhatian ramai apabila dia tampil ke kelas berpakaian seperti Lisa dari kumpulan sensasi K-Pop, Blackpink.
Teeraphong Meesat, guru bahasa Inggeris di Sekolah Rasartratprachakit, Ratchaburi hadir ke kelas dengan rambut palsu berwarna kelabu, muka dipenuhi alat solek berwarna-warni, serta bulu mata yang dibuat daripada bulu ayam.
“Pada mulanya, pelajar berasa takut, namun ini semua telah berubah dan malahan mereka berasa kelas ini lebih seronok dan tidak bosan,” kata Teeraphong.
Teeraphong menganggap aksi ‘lain macam’ ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk tidak malu sekali gus lebih yakin ketika belajar berbahasa Inggeris.
Menurut Teeraphong, pelajarnya yang dahulu tidak gemar ke kelasnya kini lebih selesa malah tidak segan silu berbahasa Inggeris.
#BLACKPINK #gaya unik #guru bahasa Inggeris #Lisa #mengajar bahasa inggeris #pelajar #Teeraphong Meesat
;