Murid darjah lima tendang dan cabul rakan sekolah, gara-gara kerap tonton video lucah

Agensi
Oktober 1, 2022 14:50 MYT
Tindakan pelaku itu dilaporkan berpuca daripada kekerapannya menonton video lucah di media sosial. - Gambar hiasan
JAWA TIMUR: Seorang murid lelaki darjah lima di Jawa Timur, Indonesia bertindak menendang seorang murid perempuan darjah satu hingga pengsan dan kemudian mencabulnya, lapor Kompas.com.
Kejadian di kawasan perkampungan daerah Nganjuk itu dilaporkan berlaku pada 20 September lalu.
Ketua Perhubungan Awam Polis Nganjuk, Supriyanto menjelaskan, kejadian bermula ketika mangsa, 7 tahun, yang sedang bermain bersama rakannya yang lain dihampiri pelaku tersebut, 11 tahun, untuk diajak bersiar-siar di kawasan desa itu.
Sewaktu tiba di sebuah tempat, pelaku membuat helah meminta mangsa mengambilkannya minuman. Ketika mangsa membelakangkannya, pelaku nekad menendang kepala mangsa dua kali sehingga mangsa pengsan. Ketika itu, pencabulan dilakukan.
Mangsa yang tersedar kemudiannya segera berlari pulang ke rumah untuki mengadu kepada ibunya. Mendengarkan cerita anaknya itu, ibunya amat marah lalu terus melaporkannya kepada pihak polis.
“Semuanya gara-gara media sosial. Dia menonton yang bukan-bukan, terutamanya kandungan (video lucah) untuk orang dewasa,” kata Suprityanto, selepas budak lelaki itu mengakui perbuatan yang dilakukannya.
Identiti pelaku tidak didedahkan memandangkan faktor bawah usia. Kes berkenaan itu kini sedang ditangani pihak Pertubuhan Perlindungan Perempuan dan Kanak-Kanak.
#murid cabul #budak sekolah #video lucah #media sosial #Indonesia
;