Murid dakwa dipaksa guru tonton porno ketika Pendidikan Jasmani
April 19, 2018 17:37 MYT
SEORANG guru sekolah rendah di daerah Glagah di Jawa Timur, Indonesia didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral apabila memaksa muridnya menonton klip video lucah.
Guru berusia 57 tahun itu melakukan perbuatan tersebut setiap kali mengendalikan subjek Pendidikan Jasmani.
"Pada awalnya, kami ditunjukkan video lawak jenaka. Tapi tidak lama selepas itu, kami ditunjukkan pula video adegan orang dewasa telanjang," kata salah seorang murid.
Difahamkan, ini bukan kali pertama guru terbabit melakukan perbuatan berkenaan.
"Maklumat yang kami terima, guru itu sering menyasarkan murid tahun satu dan tahun empat di sekolah tempatnya mengajar.
"Tidak kira pelajar lelaki mahupun perempuan, kesemua mereka dipaksa menonton video lucah," kata polis. - DetikNews