AS mula undur tentera dari Afghanistan

Astro Awani
Mei 1, 2021 05:03 MYT
Di bawah perjanjian yang dimeterai, tentera asing perlu meninggalkan bumi Afghanistan menjelang 1 Mei. -REUTERS
KABUL: Amerika Syarikat (AS) memulakan pengunduran tenteranya secara rasmi dari Afghanistan.
Ia menandakan tamatnya perang paling lama selepas kehadiran AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selama hampir 20 tahun.
Proses pengunduran ini akan dijalankan sehingga 11 September ketika keganasan di Afghanistan masih memuncak.
Pasukan keselamatan negara itu juga berada pada tahap amaran tertinggi bagi menghadapi sebarang serangan susulan pengunduran AS.
Dengan pengunduran ini juga, taliban sudah memberi amaran tidak lagi terikat dengan mana-mana perjanjian untuk tidak menyasarkan tentera asing.
Di bawah perjanjian yang dimeterai di bawah Presiden Donald Trump, tentera asing perlu meninggalkan bumi Afghanistan menjelang 1 Mei.
Namun tarikh itu dilanjutkan atas alasan situasi keselamatan.
AS dalam pada itu berdepan cabaran logistik untuk memindahkan asetnya.
#Donald Trump #AS #Taliban #Afghanistan #tentera #NATO #Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara #tentera asing #Amerika Syarikat
;