Muhyiddin zahir ucapan takziah atas pemergian PM Bahrain

Nursyazwani Saiful Sham
November 11, 2020 22:11 MYT
Perdana Menteri Bahrain itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di Hospital Mayo Clinic, Amerika Syarikat (AS). -Gambar/ Facebook @Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada Bahrain atas pemergian perdana menteri negara itu, Sheikh Khalifa Salman Al Khalifa.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi perkongsian di Facebook rasminya, berkata Malaysia turut bersolidariti dengan Yang Mulia Raja Bahrain dan rakyat negara itu.
"Malaysia mengucapkan takziah kepada Bahrain atas kematian Putera Khalifa Salman al Khalifa. Kami bersama bersolidariti dengan Yang Mulia Raja Bahrain dan rakyat negara itu.
"Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah berhenti dalam usaha reformasinya yang membawa kemajuan dan kemakmuran bagi Bahrain. Semoga Allah yang maha kuasa menempatkan rohnya dalam kalangan orang yang soleh," katanya pada Rabu malam.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Perdana Menteri Bahrain itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di Hospital Mayo Clinic, Amerika Syarikat (AS).
BACA: Perdana Menteri Bahrain meninggal dunia pada usia 84 tahun
Susulan pemergian pemimpin veteran itu, Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu di negara itu dengan bendera dikibar separuh tiang.
#Amerika Syarikat #PM #AS #meninggal dunia #Tan Sri Muhyiddin Yassin #Sheikh Khalifa Salman Al Khalifa
;