Muhammad Yunus angkat sumpah sebagai Ketua Kerajaan Sementara Bangladesh
Agensi
Ogos 8, 2024 23:57 MYT
Ogos 8, 2024 23:57 MYT
DHAKA: Pemenang Hadiah Nobel Tunggal Bangladesh, Muhammad Yunus mengangkat sumpah sebagai Ketua Kerajaan Sementara negara itu pada Khamis.
Ringkasan AI
- Muhammad Yunus dilantik sebagai Ketua Kerajaan Sementara Bangladesh selepas peletakan jawatan Perdana Menteri Sheikh Hasina.
- Pelantikan ini berlaku setelah protes menyebabkan kejatuhan kerajaan Sheikh Hasina.
- Parlimen Bangladesh dibubarkan, dan sebuah kerajaan peralihan akan dibentuk untuk mentadbir negara.
Ia berlaku selepas beberapa minggu protes yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Perdana Menteri Sheikh Hasina.
Majlis mengangkat sumpah berlangsung di pejabat Presiden Mohammed Shahabuddin di ibu negara Dhaka.
Muhammad dilantik sebagai Ketua Kerajaan Sementara Bangladesh susulan peletakan jawatan Sheikh Hasina sebagai Perdana Menteri.
Berikutan peletakan jawatan perdana menteri, ketua tentera Bangladesh Jeneral Waker-Uz-Zaman mengumumkan sebuah kerajaan peralihan akan dibentuk untuk mentadbir negara.
Pada Selasa, Shahabuddin turut membubarkan parlimen negara itu.