Mugabe letak jawatan

Agensi
November 21, 2017 00:39 MYT
Robert Mugabe meletak jawatan selepas 37 tahun memegang tampuk pemerintahan. -Gambar fail
Selepas hampir empat dekad memegang tampuk pemerintahan, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe akhirnya meletak jawatan.
Perkara itu disahkan Speaker Parlimen, Jacob Mudenda yang menerima surat peletakan jawatan Mugabe.
Menurut laporan berita Reuters, keputusan Mugabe meletakkan jawatan itu dibuat secara sukarela bagi membolehkan satu peralihan kuasa yang lancar berlaku.
Krisis di negara itu bermula sejak pemimpin berusia 93 tahun itu memecat timbalannya, Emmerson Mnangagwa dua minggu lalu.
Perkara ini tidak disenangi pihak tentera negara itu yang melihatnya sebagai cubaan untuk melantik isterinya sebagai pengganti.
#Emmerson Mnangagwa #Jacob Mudenda #Robert Mugabe #Zimbabwe
;