Mugabe enggan undur diri
Agensi
November 19, 2017 06:32 MYT
November 19, 2017 06:32 MYT
Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menegaskan beliau masih lagi berkuasa buat beberapa minggu lagi disebalik desakan untuk berundur.
Dalam ucapan yang disiar secara langsung, Mugabe berkata dia akan mempengerusikan kongres parti pemerintah yang dijadualkan pada Disember.
“Kongres parti akan berlangsung beberapa minggu dari sekarang. Saya akan mempengerusikan majlis itu yang tidak seharusnya dicemari oleh apa-apa tindakan untuk menjejaskan keputusan yang dibuat pada orang ramai,” katanya.
Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas parti pimpinannya Zanu-PF memecatnya dan memberikan Mugabe kurang daripada 24 jam untuk meletak jawatan.
Jika beliau gagal berbuat demikian beliau akan disingkirkan.
Krisis di negara itu bermula sejak pemimpin berusia 93 tahun itu memecat timbalannya, Emmerson Mnangagwa dua minggu lalu.
Perkara ini tidak disenangi pihak tentera negara itu yang melihatnya sebagai cubaan untuk melantik isterinya sebagai pengganti.