Muat naik status 'misteri', FBI siasat akaun Twitter sendiri

Madiha Abdullah
November 4, 2016 14:28 MYT
Akaun Twitter @FBIRecordsVault sebelum ini tidak aktif selama setahun. - AFP/Fail
AKAUN Twitter rasmi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kini dalam siasatan susulan beberapa siri status meragukan dimuat naik.
Ironinya, FBI sendiri melancarkan siasatan tersebut.
Akaun Twitter menggunakan nama @FBIRecordsVault itu sebelum tidak aktif selama setahun.
Namun tiba-tiba sahaja pada 30 Okt lalu, beberapa status dimuat naik secara bersiri, bermula kira-kira jam 4 pagi.
Lebih menghairankan, status pertama yang dimuat naik adalah berkenaan bapa kepada calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, iaitu Fred Trump.

Fred C. Trump: Fred C. Trump (1905-1999) was a real estate developer and philanthropist. This release consists of... https://t.co/21KgtPpmzk

— FBI Records Vault (@FBIRecordsVault) October 30, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dua hari kemudian, situasi menjadi lebih pelik apabila satu status berhubung satu kontroversi membabitkan bekas presiden, Bill Clinton, pula dimuat naik.

William J. Clinton Foundation: This initial release consists of material from the FBI's files related to the Will... https://t.co/Y4nz3aRSmG

— FBI Records Vault (@FBIRecordsVault) November 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Status terakhir adalah pada 2 Nov.
Laporan New York Daily, yang memetik laporan portal thinkprogress.com menyebut, undang-undang persekutuan dan polisi FBI tidak membenarkan tweet atau status di laman sosial yang boleh mempengaruhi orang ramai berhubung pilihanraya.
#fbi twitter #Federal Bureau of Investigation #pilihan raya amerika syarikat
;