Mr Beast kini saluran YouTube dengan jumlah pengikut tertinggi

Amanz
Jun 3, 2024 01:00 MYT
Mr Beast berkata kejayaan ini ialah bagi membalas kekalahan PewDiePie yang dipintas oleh T-Series sekitar lima tahun yang lalu. - Amanz
HUJUNG minggu ini era T-Series sebagai saluran dengan jumlah pengikut tertinggi di YouTube berakhir selepas ia berjaya dipintas oleh Mr Beast.
Ketika artikel ditulis, Mr Beast mempunyai lebih 268 juta pengikut manakala T-Series pula mempunyai lebih 266 juta pengikut dengan perbezaan sekitar 1.5 juta pengikut.
Sekitar dua minggu lalu, Mr Beast mengekori di belakang T-Series sebanyak lebih 6 juta pengikut.
Beliau kemudian mencabar CEO T-Series untuk bertinju tetapi tidak mendapat sebarang balasan.
Dengan Mr Beast kini di tangga pertama, beliau berkata kejayaan ini ialah bagi membalas kekalahan PewDiePie yang dipintas oleh T-Series sekitar lima tahun yang lalu. - Amanz
#Mr Beast #YouTube #T-Series #jumlah pengikut tertinggi