Motaz Azaiza buat keputusan keluar tinggalkan Gaza
Astro Awani
Januari 23, 2024 17:50 MYT
Januari 23, 2024 17:50 MYT
WARTAWAN foto Palestin terkenal, Motaz Azaiza hari ini membuat pengumuman akan keluar dari Gaza, Palestin.
Menerusi video ringkas di X, Azaiza berkata banyak faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut.
‘’Ini adalah kali terakhir anda melihat saya mengenakan ves yang berat ini dan insya-Allah saya akan kembali.
‘’Saya akan kembali semula dan membantu membangunkan semula Gaza,’’ ujarnya menerusi hantaran video di X.
Azaiza yang dinobatkan sebagai Man of the Year oleh majalah terkenal GQ Asia Barat sebelum ini diiktiraf kerana keberaniannya merakam kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza.
Keberaniannya mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila berjaya meraih 18.2 juta pengikut di Instagram dan satu juta pengikut di platform X.
Terdahulu pada Oktober tahun lalu, Azaiza turut merakam kesan langsung selepas rumah keluarganya di kem pelarian Dier el-Balah dibedil tentera rejim zionis yang turut meragut nyawa 15 ahli keluarganya.