Moscow wajibkan pemakaian sarung tangan, penutup hidung dan mulut
Agensi
Mei 7, 2020 23:31 MYT
Mei 7, 2020 23:31 MYT
Penduduk di Moscow diminta memakai penutup hidung dan mulut serta sarung tangan ketika menggunakan pengangkutan awam dan mengunjungi tempat awam sebagai langkah mengekang jangkitan COVID-19.
Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin mengumumkan perkara itu setelah keputusan untuk membuka semula sektor perkilangan dan tapak pembinaan.
Tambahnya, syarat untuk melakukan perjalanan melalui bandar perlu lebih ketat.
Ia akan memungkinkan risiko pertambahan jangkitan apabila setengah juta orang akan kembali bekerja.
Sobyanin memerintahkan supaya penutupan bandar dilanjutkan seingga akhir Mei, kerana bimbang 2.5% daripada 12.7 juta penduduk Moscow mungkin dijangkiti wabak berkenaan.
Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam sidang video pada Rabu memaklumkan, terpulang kepada pihak berkuasa tempatan setiap daerah untuk menentukan langkah keselamatan yang akan dilaksanakan sejak akhir Mac lalu.
Rusia melaporkan lebih daripada 11,000 kes jangkitan baru pada Khamis, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu menjadi lebih dari 177,000 kes yang disahkan positif.
#COVID-19
#mask
#Moscow
#pengangkutan awam
#penutup hidung dan mulut
#Rusia
#Sarung tangan
#Vladimir Putin