Moscow alami serangan dron besar-besaran - Kementerian Pertahanan Rusia

Bernama
Ogos 21, 2024 17:33 MYT
Pihak berkuasa Rusia mengambil langkah berjaga-jaga selepas insiden sebuah dron yang ditembak jatuh di Moscow. - Reuters
MOSCOW: Rusia memusnahkan 45 dron Ukraine semalaman pada Selasa dan Rabu, termasuk 11 dron di wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia pada Rabu, lapor Xinhua.
Sebanyak 11 dron ditembak jatuh di wilayah Moscow, menjadikannya antara serangan dron terbesar yang pernah berlaku di Moscow, menurut Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin.
Selain itu 23 dron lagi dimusnahkan di wilayah Bryansk, enam ditembak jatuh di wilayah Belgorod, tiga di wilayah Kaluga dan dua di wilayah Kursk, menurut kenyataan kementerian.
Sementara itu, tiga serangan balas oleh Angkatan Tentera Ukraine menghala ke Avdeyevka berjaya digagalkan pada malam itu.
-- BERNAMA
#serangan dron #Moscow #Rusia #pertahanan #Ukraine
;